Friday, June 15, 2012

UNIFI in Padang Serai.....will take forever?

Bila kabel kat area taman aku ni kena curi, kompem aku bebel sorang², bila la nak sampai UNIFI kat Padang Serai ni. Kecurian kabel kat area taman aku duduk ni mmg sentiasa berulang. Pencuri² kabel ni x kantoi lagi la kot, sbb tu depa berani buat kerja haram tu. Jangan sampai kena tangkap lah ye, mmg lumat rasanya kalau ddpt tangkap tu. Menyusahkan orang je!

Arini aku nak bebel pasal apsal area aku ni payah sangat nak sampai UNIFI tu. Area aku ni bukannya jauh sangat dari Kulim Hi-Tech pun ....errrr....dlm 20 minit driving distance je kot...x jauh kan? :P Tapi bila pikir² balik, sedangkan area Kulim pun baru cover Industrial Area kat Kulim Hi-Tech,kawasan perumahan sekitar Kulim pun xde UNIFI lagi, inikan pulak nak sampai ke Padang Serai? Bermimpi di siang hari je la.......... Yang menjadi persoalan, apsal amik masa lama sangat? Kot la ada yg terbaca bebelan aku ni dari kalangan org² Telekom, silalah jelaskan kenapa.

Aku bukannya apa, pakej yg aku guna skrg ni 4MBPS, tetiap bulan bayar RM140. Kalau nak bandingkan dengan harga pakej UNIFI VIP5, RM149, agak mengganggu pemikiran. Kalau lah x boleh pasang UNIFI kat area² tertentu, turunkan la sikit harga pakej streamyx tu, bila buat comparison harga, korang sendiri bleh pikir la. Tambahan, kat area aku ni rasanya dlm setahun x kurang dari 2 kali kejadian kecurian kabel ni berlaku....2 kali tu minimum ya. X rasa rugi ke Telekom ni asik ganti kabel je? Pasang je la UNIFI kat area Padang Serai ni, kat sini pun dah makin membangun. Penduduk pun dah makin ramai, boleh la kot consider ya wahai Telekom Malaysia.

Mak aih panjangnya aku menaip. Balas dendam siap² kot sbb kompem weekend ni x berinternet. Minimum down time yg aku selalu hadapi, 4-5 hari. Nasib baik bleh claim rebet, sejuk gak ati ni.

Last sebelum aku akhiri bebelan ni. Aku sertakan beberapa sebab kenapa Padang Serai perlu ada UNIFI:

1) Sini dah ada KFC
2) 7 Eleven pun ada
3) Ada kereta Ferrari (time raya cina ada la kereta tu)
4) WIFI free Restoran Al-Ameen Maju kat Serai Wangi tu kedekut. Ikut suka dia je nak on ke x...tau la WIFI tu dia punya
5) Ala pasang je la UNIFI kat sini, kompem ramai orang pakai. Bukan sebab nak guna internet je, bleh gak guna IPTV. Org skrg dah boring dgn ASTROK, boleh la dorg potong ASTROK kalau dah ada IPTV ni....

Ok la kot, rasanya alasan tu kukuh la jugak. Jumpa lagi lain kali, bila kabel kene curi lagi.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Tata!

1 comment:

Uya Halimi3304 said...

Salam..sekarang tahun 2017...infra fiber optik baru jer masuk ditaman lagenda....padang serai